Cara Mudah Renew Insuran Kereta di MYEG.COM
July 23, 2016Okay kalini special sikit sebab posting berbahasa Malaysia !
Lebih dekat dengan pembaca sebab topik kali ni Cara Renew atau perbaharui Insuran Kereta di Malaysia iaitu di myeg.com.
Di sebabkan haritu saya ada share yang saya dah berjaya buat sendiri Renew Insuran Kereta & Roadtax, No agen, no salesman, ramai yang request bertanya untuk tau cara-cara . Harap posting kalini dapat membantu kalian ya !
Sangat mudah, senang & cepat. Tak perlu nak ke insuran company, nak ke JPJ, nak ke Pejabat Pos. Cuma duduk depan PC / Laptop saja.
Step 1
Enter website https://www.myeg.com.my/.
Step 2
Scroll down cari logo JPJ, Klik kat "Lagi"
Step 3
Cari dan klik "Perbaharui Auto Insuran"
Step 4
By default, akan keluar insuran company dari RHB , kalau nak pilih insurn dari RHB, boleh teruskan dengan isi form tu, tapi kalau nak pilih company lain, klik kat "Choose other Insurance Company"
Step 5
Selain RHB Insurance, Myeg menawarkan insuran company dari Maa Takaful, Etiqa Takaful, Aig dan Berjaya Sompo Insurance Berhad.
Buat pilihan dengan bijak ye ! Tapi jangan risau, setiap tahun masa nak renew insuran kita boleh tukar company lain, mungkin tahun ni kita try Etiqa Takaful, tahun depan boleh la tukar company lain pulak , based on our experience kan. Kalau puas hati dengan servis, boleh la maintain satu company insuran saja. Lepas dah ada pilihan, klik saya di logo company pilihan Insuran Kereta anda.
Saya pilih Etiqa Takaful. Sebelum ni saya Liberty Insurance.
Step 6
Lepas klik kat Logo Etiqa Takaful tu, Akan keluar ni, klik kat "Get It Now"
Step 6
Okay, masa ni kena get ready geran kereta atau info & detail pasal kereta, Sebab dalam form ni kena isi jenis enjin, jenis kereta, tahun pengeluaran dan lain-lain.
Kita juga boleh pilih apa yang kita nak dalam insuran kereta kita. Antara few option dalam Etiqa Insuran
- Windscreen Protection
-Flood Coverage
-Vehicle Loss due to Theft
-Strike, Riot & Civil Commotion Coverage
-Lost of use
Isi form ni ikut step by step. Lepas complete, akan ada option untuk kita terus buat direct payment. Sama ada debit card atau credit card.
Lepas selesai buat pembayaran, akan ada link untuk kita Renew Road Tax. Kalau nak kita boleh terus renew, Senang. nanti Myeg akan terus hantar ke alamat yang anda berikan keesokan harini nya.
Kalau tak nak renew kat sini pon boleh, Boleh la terus ke Pejabat Pos atau Agen berdaftar untuk Perbaharui Cukai Jalan anda .
Good Luck !
Harap posting kalini dapat membantu anda yang sedang mencari cara nak perbaharui cukai jalan .
8 comments
Benar-benar bernilai untuk membaca semua maklumat, terima kasih memperuntukkan. Saya mahu untuk menaik taraf insurans kereta saya dan saya amat keliru tentang itu, Terima kasih untuk jawatan ini sekarang yang menjadi mudah bagi saya untuk memilih syarikat insurans untuk kereta saya.
ReplyDeleteSignature saya: Optimized 360 is a top leading Podiatry Websites Design firm in the USA.
kite pon pakai myeg jek.. senang.. hee~ seme hujung jari..
ReplyDeletekan..senang, tak payah guna agen :)
Deleteinfo yang bagus...boleh sendiri renew insuran untuk kereta i bulan depan..
ReplyDeletebetul, senang je nak buat dia :)
DeleteTerima kasih info yang bagus,saya nak tanya mengenai NCD.Sekira kita menggunakan khidmat insuran yang lain bagaimana dengan NCD kereta?
ReplyDeleteMengikut pengalaman saya, sekiranya kita tukar syarikat insuran yang lain, NCD boleh transfer, tapi kena call kedua2 syarikat insuran tu untuk permohonan, kalau renew tetap syarikat yang sama, akan auto. :)
DeleteI am very happy to read this. This is the kind of manual that needs to be given and not the accidental misinformation that’s at the other blogs. Appreciate your sharing this greatest doc.
ReplyDelete24k gold serum in karachi