Vision Park, Bandar Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang
July 27, 2015Salam semua !!
Happy monday!
Hows weekend? Bagi yang bekerja, Selalunya weekendla masa untuk release stress kan? Bagi yang ada anak plak mesti plan untuk spend time betul-betul dengan anak. Atleast bawak keluar rumah even kalau playground kat rumah pn jadila. hehe ok kali ni nak share satu tempat yang best dan boleh spend quality time dengan family, nak habiskan masa untuk diri sendiri pn boleh.
Vision Park, Bandar Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang, bersebelahan dengan Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas.
Tempat ni amat-amat sesuai untuk jogging, beriadah, alat senaman ringan pn ada di sediakan. Yang nak main roller blade dan berbasikal pn boleh sebab memang ada track khas.
Sebenarnya niat nak pergi tempat ni sebab sangat teringin nak naik angsa yang atas air tu . ala.. yang boleh kayuh kayuh macam kat Taman Tasik Taiping tu.. ha. siapa yang kat Penang dah tak payah pergi jauh jauh . Dalam Penang pn dah ada.
Excited la nak naik, sampai-sampai memang tengok ada orang tengah naik. Tapi amat menyedihkan dan mengecewakan sebab rupanya kanak-kanak bawah 3 tahun tak dibenarkan naik..anak i baru setahun :(
takpela.. tunggu dia besar dulu nanti mai lain. So sesiapa yang ada anak bawah 3 tahun memang tak boleh naik ye, atas sebab-sebab keselamatan.
Tapi dont worry! banyak lagi aktiviti yang boleh buat kat sini. Antaranya main buih belon yang tiup sendiri tu. Kalau nak main, kat sini bekas kecik RM3, termasuk tempat tiup. tapi lepas habis main kena pulangkan balik tempat tiup tu tau.
Boleh jugak jalan-jalan sambil hirul udara segar sebab taman ni sangat luas. Nak jogging pn best.
Tiap pagi Sabtu atau pula ada aktiviti senamrobik kat sini.
Yang paling best Vision Park ni , sangat dekat dengan Masjid, so lepas habis beriadah bolehla singgah untuk solat :)
![]() | ||
Bekas biru tu paling kecik RM3.50. Lagi besar bekas lagi banyak air boleh buat belon |
![]() | ||
Harith' first experiance on this belon |
![]() | ||||||
Track kat belakang tu untuk jogging, cycling and rollerblading |
![]() | |
Sorry mommy dah ngantok la time ni..haha Tengok kat belakang tu la Angsa kayuh-kayuh. Luas gak tasik ni. |
![]() | |||
Waktu operasi & Harga tiket untuk Angsa kayuh-kayuh |
Lepas ni boleh la plan lagi. jogging maybe? :)
2 comments
TERBAIK,
ReplyDeleteterima kasih :)
Delete